Ini Blog Gua ! princesscharming

Thursday, February 28, 2019

Memberi itu bahagia

Apabila seseorang suka memberi kehidupanya akan lebih bahagia daripada dia pernah sangka sebelumnya .

Sebab apa ?

Apabila dia membantu org lain , urusannya akan dipermudahkan . Maka , dia takkan dibelenggu dengan masalah yang rumit .😇😇
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, March 13, 2018

Penyakit Hati

Penyakit hati ini akan membawa pengaruh buruk terhadap diri seseorang yang mengalaminya . Terdapat 7 penyakit hati . Antaranya

1) Sum'ah
    Suka dipuji

2) Takbur
    Suka berbangga diri

3) Sombong
    Suka pandang rendah terhadap orang lain

4) Munafiq
     Suka puji seseorang di hadapan tetapi kutuk dibelakang

5) Berlagak
     Suka menunjuk-nunjuk

6) Dengki
     Sakit hati dengan nikmat orang lain

7) Buruk Sangka
      Suka berfikiran negatif terhadap orang lain


Semoga bermanfaat ! ;)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Amalan yang berkekalan hingga ke azab kubur

Assalamualaikum.

Harini saya berhasrat untuk berkongsi ilmu yang saya ada kepada semua pembaca .  Okay , sedang kita tahu siapa yang hidup , pasti akan menghadapi kematian . Tidak kira anda berpangkat ka , kaya ka atau apa sekali pun . Jadi , apa yang saya nak kongsi harini ialah amalan yang berkekalan hingga ke azab kubur . Apa yang kita akan bawa ke kubur ? Harta ? Pangkat ? Okay mari saya kongsikan ..


1) Ilmu yang bermanfaat

Ilmu bermanfaat adalah salah satu amalan yang akan kita bawa ke alam kubur . Apa itu ilmu bermanfaat ? Ilmu yang berguna kepada seseorang untuk dunia mahupun akhirat .Sebab itu Allah menegaskan hambanya untuk menimba ilmu . Jadi , bila seseorang itu berilmu , tidak mudah untuk seseorang itu terpengaruh dan dipengaruhi atau pun tersasar ke jalan hitam . Oleh itu , merantaulah untuk menimba ilmu , dan berkongsilah ilmu kepada orang ramai . Jangan pernah terdetik dalam hati untuk kedekut ilmu kerna ilmu yang kita ada adalah milik Allah . Jadi , Allah boleh tarik nikmat ilmu yang kita ada bila-bila masa saja .

2) Anak yang soleh

Anak yang soleh ? Kenapa ? Okey . Setiap manusia Allah hadirkan fitrah untuk berkasih sayang . Allah menyuruh hambanya untuk berkahwin , kerna apa ? Supaya apabila berkahwin , setiap pasangan itu akan memiliki zuriat . Ibubapa hendaklah memberi didikan yang cukup terhadap zuriat mereka . Didikan dari segi agama mahupun akademik perlu diberikan . Didikan itu mestilah setara dan seimbang . Jadi , apabila ibubapa memberi didikan agama, sukar bagi zuriat itu untuk melakukan perkara yang dilarang oleh syariat . Anak yang berilmu pengetahuan ini akan menjadi anak yang soleh kepada mereka . Maka , apabila perginya ibubapa itu , doa anak yang soleh akan sentiasa mengiringi .

3) Amal jariah

Apa itu amal jariah ? Amal jariah ialah satu amalan yang dilakukan dengan menyumbangkan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan . Terdapat pelbagai amal jariah yang dapat kita lakukan . Contohnya apa ? paling senang ialah sedekah . Jika seseorang itu tidak mampu untuk bersedekah dengan wang ringgit , mereka juga boleh bersekah melalui harta yang ada . Contohnya , kita letakan buku yaasin di surau berdekatan . Jadi setiap kali orang menggunakannya , akan mengalirlah pahala kepada kita meskipun kita tidak ada lagi di dunia .


Itulah sedikit perkongsian daripada saya setakat ini . Jika ada sebarang kesilapan , sila tegur . Jika ada sebarang perkongsian boleh komen di ruangan komen di bawah  :'))



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen